KISAH TRAVELOG KE BUMI NZ (SIRI KEDUA)

Hi all!
Dah habis google ke cik LAMA semalam? Haha , betul kan cik lama tu macam campuran unta + kuda + keldai. Anis pun baru tau masa gi NZ.. Hah, lagi satu binatang yang femes kat sini kiwi... Dia macam sejenis adik beradik penguin+burung. Ni salah satu binatang yang jadi trademark kat NZ ni. Nak tau bentuk ? hah !Sila google kalau nak tahu ya! haha


Ni la kiwi tu... Anis pernah tanya aunty tu, "nape panggil kiwi ek? Macam kiwi ke bentuk dia?" haha!

Okay.. Anis ingat untuk travelog di bumi NZ ni Anis akan devide few info menarik yang berlaku sepanjang kat sana. Mudah sikit bila bahagi in point form gini.

Sooo harini Anis nak share few points lagi
Jangan muntah ijo plak kalau Anis karang panjang bener , ampun! hehe

Next pointtt macam Anis janji semalam nak mula dengan...

KENDERAAN

Macam yang korang tahu, kitaorang satu team (dengan orang lain from Malaysia juga) , hanya menaiki caravan sahaja. Dan team kitaorang seramai 24 orang tau! jadi bayangkan berapa caravan nak sumbat semua orang tu. Yes! 4 caravan okay! Satu issue berbangkit masa kat sana adalah, MACAM MANA NAK BERHUBUNG JIKALAU TERSESAT!

Creepy kan? dah la tempat tak familiar, pastu jauh jauh pulak antara satu tempat dengan tempat yang lain. Jadi aunty yang bawak kitaorang ni guna idea brilliant dengan gunakan WALKIE TALKIE! Maksudnya tiap caravan ada walkie talkie ni, jadi senang kalau terlepas. Nak guna internet, line memang macam siput (HP Anis tak da line selama 5 hari tau! heaven betul time tu haha) Kadang walkie talkie tu buat main main haha. yelah driving kadang ada satu hari tu 8 JAM... Jadi usik mengusik antara satu caravan dengan caravan yang lain tu selalu je jadi! Terbelahak kitaorang yang driving ni...Nak dengar radio, radio mati pulak aiyoo.. Kalau tak haritu Anis nak driving , tapi macam tak confident, besar gedabak, takut! haha


Hi meet my driver.. Ada satu malam tu baru je lepas lalu kubur kristian..Kiri kanan hutan tebal.. Anis duk depan jadi co pilot dengan adik Anis ni, pastu tetiba je dia tanya "Anis bila nak kahwin?" Iolls macamm "hahh, ko dah nape mir, buang tabiat ke memalam ni haha"


Hi, I nak terbang dengan caravan I, biaselah, first time..  kecoh sikit nak terbang bagai haha. Serius excited!

One thing driving kat NZ ni takyah la risau, memang akhlak kat atas jalan raya NOMBOR SATU! Kalah orang melayu kita wey, Serius..Nak tau tak, masa mula mula kitaorang satu team dapat drive caravan ni, ada satu insiden jadi






Ni kejadian sebelum memang cukup luas. Malam kang bukak jadi katil.. 


Ni la toilet yang creepy taknak guna tu.. sebab sumber paip takde! ntah macam mana la orang sana "membuang ye" dengan toilet ni. Persoalan tak terjawap sampai sekarang haha

Time tu macam tak reti lagi nak bajet nak menonong ikut kereta depan kan. Sampai berhimpit himpit antara 4 caravan tu, AGAK MEMBAHAYAKAN UNTUK KERETA KECIL LAIN. Sampai satu ketika, KENA TAHAN POLIS KOT! Dah la time kena tahan tu kat kebun apple haha!


Time tu memang kecuakkan. Muka tak bersalah berebut nak tangkap gambar kat kebun epal.. sekali cik polisi tu rilek je buat muka garang dengan kening terangkat. Mana tak seriau! Rupanyaaa dia nak kata..

"Okay you guys can drive, just make sure that, the distance between another slightly far okay. Just to make sure everybody on the road are save..Enjoy your journey yaa" ... dia pun berkata sambil tersenyum simpul


Hi nice to meet you! Baik pak polisi ni..Siap bagi tips nak driving elok kat NZ ni

Fuh... ingatkan pemende lah! Sekali siap tangkap gambar dengan pak polisi tu kat kebun epal tu... Kuat berdrama betui la hahaha..  Lagi satu driving kat NZ dia tak boleh terlalu speed slow, kalau slow kena FINEEE (okay,,, fineee lagiii ) Jadi , memang kena berhemah okay.. just rileks, tenang, slow and steady. InsyaAllah tak sesat sebab ada walkie talkie.. Lagipun senang nak cam jalan dia jenis rata, senang nak cam caravan yang hilang dari radar. Jalan kat situ sangatlahhh sunyi dan tenang, jadi tak perlu nak berkocoh berebut nak himpit himpit

Okay... sebenarnya ada lagi.. tapi tu point lain lah kay?

Nexttt...kita pergi bab

MAKANAN 

Macam yang Anis inform kitorang kat sana SETIAP HARI MASAK...Yeaaa Anis rasa macam pergi summer camp je holiday ni tau. haha. Mana taknye, setiap kali benti kat RNR tu, semua wanita turun padang untuk masak. Kalau tak masak alamat perut kosong lah sampai ke pagi..Bukan apa, kos sana kalau nak makan luar sangattt lah costly dan sumber nya pun tak tau halal ke tidak kan..

Jadi dari Malaysia mak Anis dah details bincang dengan aunty ni nak masak apa hari sekian sekian (Tu yang file planner tebal macam thesis tu! haha) . Jadi dari Malaysia lagi dah bawak segala jenis rempah ratus, brahims , meggi (ini wajib), santan kotak and etc) Memang satu beg tu penuh dengan makanan, Tu yang bila sampai NZ tu jadi issue jap, sebab mak yang pegang luggage makanan tu. Sebelum keluar point check imigresen tu, kena declare kat dia , apa yang kita bawa dalam beg tu. Mak siap buat karangan okay! (Aku rasa orang imigresen tu satu hape tak hadam apa mak cakap, sebab time tu dah 1 pagi! hahaha itu memang kelakor)



Ni dekat dam (empangan yang cantik subhanallah!) Macam sungai yang jernih je. Pitstop jap lunch. Menu : ayam masak lemak. Memang terangkat time sejuk2 ni hehe

Alhamdulillah selamat la bebarang tu. Dah sampai je NZ aunty tu terus bawak ke supermarket situ untuk beli bahan basah. Feeling la kejap pergi supermarket kat NZ haha...(sama je macam jaya grocer kat Malaysia) . Kalau ayam halal no problem sebab aunty ni dulu pernah kerja kat kilang ayam halal. So, no worries nak makan makanan halal.. Jangan tak tau kitorang punya menu , is menu ORANG MELAYU ye... Harini ayam masak lemak, esok gulai kari, esok lagi asam pedas..Pagi pagi hening yang segar, makan cucur ikan bilis pun boleh layannn.. hahh ko ghaserr haha! Feeling makan makanan melayu kat NZ mana boleh tinggal. Tu yang bila sampai je RNR tu semua gi dapur dulu. Meggi tak jadi usik tau!



Time to cook everybody. Jangan nak culas, Sape culas tak leh makan hehe! Kena tolong menolong la baru best macam kat camp.. Sama sama penat, sama sama tidur lambat..eh! hehe

Tu yang jadi kes mandi tengah malam sampai ada tersilap masuk mens toilet! Sampai kena kacau dengan LAMA! haha!

Pastu pakej masak sekali untuk pagi. Maksudnya bila masak malam tu, masak untuk pagi esok punya jugak. Save time gitu. Timing kena pandai main. Kalau tak kena tinggal! Tu yang tidur setiap hari jam 11 malam tu (ibarat jam 2 pagi kat Malaysia) . Bangun pagi semua mata panda. Bangun kena awal jam 5 kena bangun dah  sebab nak panas lauk. (Macam pergi summer camp kan? haha)

Tapi jangan silap, bukan kitaorang tak beli makanan luar. Mesti la nak rasa air tangan orang sana juga kan. Cuma choosy la juga, contoh macam hot chocolate, bun, latte panas tu memang beli je sebab okay je price dia. Aunty tu pun dah biasa, dia tau mana yang boleh beli mana yang tak..Just makanan yang macam nasi ke, ayam ke, memang tak makan luar. Masak je! hihi

Setiap hari tugas Anis adalah mengemas dan menolong apa yang patut. Jadi setiap orang ada tugas.. Tu yang kata holiday ni macam gi kem je kekdahnye! haha!

So far okay ke entri panjang ni?
Next Anis akan share TEMPAT WAJIB LAWAT BILA KAT SOUTH NZ NI DAN ADE TEMPAT SHOPPING KE KAT SOUTH NZ NI?

Sambung post lain pulak naaa... esok mungkin...senang sikit nak hadam :)

Comments

Popular Posts